Surah Yassin merupakan surah ke-36 daripada 114 surah yang terdapat didalam Al-Quran. Surah ini mengandungi 83 ayat. Diturunkan ketika Nabi Muhammad S.A.W. berada di Mekah kecuali ayat yang ke 12 diturunkan di Madinah setelah baginda berhijrah.Bagi mendapatkan hikmah yang istimewa, sila amalkan bacaan Surah Yassin
1. Pada setiap pagi hari
2. Pada setiap petang hari
Barangsiapa mengamalkan bacaan surah Yassin di pagi hari, Allah S.W.T. akan mempermudahkan urusannya di sepanjang siang hari. Barangsiapa mengamalkan bacaan Surah Yassin dipetang hari, Allah S.W.T. akan memeliharanya kehidupannya di sepanjang malam.
Dengan menjadikan bacaan Surah Yassin pada setiap pagi hari dan petang hari, dan dengan amalan yang berterusan, apabila berlaku kematian, Allah S.W.T. menjanjikan Syahid. RASULULLAH s. a. w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah yasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
7. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allahmeringankan siksanya.
8. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
9. Jika dibacakan kepada orang yang sakrt, terhindar daripadapenyakitnya.
lO.Sabda Rasulullah s. a. w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan memirrta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
Barangsiapa yang membaca YASSIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah SALAAMUN QAULAMMIR RABBIN RAHIM “
diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insyallah dengan izin yang maha esa dan maha kuasa,
semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:
1) YA-ALLAH YA-RAHIM, Ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku.
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, Kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang dan mencintai islam.
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, Kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, Makbulkan penghantar maklumat yang aku dapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, Jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin.
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, Kurniakan aku dan seluruh umat muhammad yang beriman kesihatan zahir batin.
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, Makbulkanlah semua hajatku, dan AMINNNNN.
No comments:
Post a Comment